Keteladanan Rasulullah SAW Sebagai Suami

Keteladanan Rasulullah SAW Sebagai Suami
Advertisemen
Pernah baginda bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.


Advertisemen

Related Posts

Baca Tulisan Lainnya ini

  • Keunikan Arsitektur Kompleks Masjid Sulaimaniyah Turki
    Salah satu kompleks masjid besar tua yang masih bisa kita kunjungi hari ini di…
  • Siapa Snouck Hurgronje dan Apa Pengaruhnya di Nusantara
    Umat Islam Indonesia sudah pasti tidak pernah lupa nama Snouck Hurgronje,…
  • Hadits Tentang Larangan Menjelekan/Mencela Makanan
    Abu Hurairah r.a berkata; " Nabi s.a.w tidak pernah menjelekan makanan. Jika…
  • Keilmuan Sains Dan Teknologi Dalam Alquran
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Bertolak dari beberapa ayat alquran…
  • Awas! Inilah Dampak Berbahaya Dari PLTN (Listrik Tenaga Nuklir)
    Tenaga Nuklir merupakan sumber alternatif energi, yang banyak dimanfaatkan…
  • Macam-Macam Kejahatan Pidana (Jarimah)  Dalam Hukum Islam
    Jarimah adalah perbuatan kejahatan yang dilarang dalam syariat Islam. Dalam…
  • Kaidah-Kaidah Dakwah
    Secara etimologis kata dakwah ( دعو ة ) bisa diartikan menjadi seruan, ajakan…