Tetapi sekarang di mana semuanya itu? Segala kehilangan itu? Di mana kemuliaan dan ketinggian yang pernah suatu ketika dahulu menjadi milik kita? Mengapa perpecahan dan permusuhan terus wujud dalam masyarakat Islam? Mengapa agama yang menjadi pegangan mereka kelihatan macam terpisah dari pada mereka? Apakah masalah-masalah yang dihadapi sekarang, sehingga membenamkan kekuatan umat ke dalam bumi? Dengannya kita kelihatan seperti tidak bermaya. Apakah penyelesaian bagi semua masalah ini?
PERMASALAHAN UMAT JAHILIAH DAHULU DAN UMAT JAHILIAH SEKARANG
Memang benar umat Islam sedang menghadapi masalah, sama ada masalahantarabangsa atau masalah kebangsaan. Malah dalam sesuatu kelompok kecil dalamsebuah masyarakat kecil pun, tidak terlepas daripada masalah, ada yang besar danada yang kecil, ada yang amat penting dan ada yang kurang penting. Semuanya akanbergantung kepada sejauh mana kita peka dengan permasalahan ummah yang wujud,dan dari sudut mana kita melihat permasalahan itu.
Bagi memudahkan kita mengenali masalah-masalah yang dihadapi oleh umat Islam,eloklah kita melihat kembali sejarah kebangkitan umat di samping melihat dan menelitiperingatan-peringatan al-Quran al-Karim yang menggariskan panduan kepada umatIslam.
Semoga dengan penelitian ini semua itu akan memudahkan kita melihatpermasalahan kita bagi dicari penyelesaian yang benar-benar diperlukan ini.Pada zaman pra-Islam, manusia dalam sejarahnya telah mengikut cara hidup jahiliah.Cara hidup itu telah digambarkan oleh Jaafar Ibn Abi Talib dih adapan Najashie (MahrajHabashah) ketika beliau berhadapan dengannya semasa perpindahan pertama berlaku.
Jaafar menjelaskan kepada Najashie tentang sifat-sifat utama cara hidup masyarakat jahiliah dengan katanya yang bermaksud: “Kami dahulunya adalah orang-orang jahiliah.Pada zaman itu kami menyembah berhala, memakan bangkai, menyakiti (memusuhi) jiran tetangga, melakukan berbagai-bagai perlakuan keji dan mungkar. Orang yang kuatdi kalangan kami menindas dan menganiaya orang yang lemah (dan bermacam-macamlagi), sehingga agama Islam didatangkan kepada kami lalu berubahlah kami menjadiumat baru (Islam)…”
Mari kita mulai membaca tentang masalah ini di dalam ebook online berikut ini silahkan dibaca.
Add Comments