Adab duduk dalam majlis (Tempat Berkumpul):
Jika hendak duduk dalam majlis pertama kali ucapkanlah salam pada ahli majlis.Lalu Duduklah pada tempat yang kosong Janganlah mengusir seseorang dari tempat duduknya sementara tempat tersebut akan diduduki sendiri. Sebagaimana Sabda nabi s.a.w : "Dan janganlah engkau usir salah seorang diantara kamu dalam majlis kemudian kamu duduk ditempatnya, akan tetapi saling berlapang-lapanglah kamu."
Janganlah duduk diantara dua orang kecuali atas izin mereka berdua.
Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w
("laa yahillu lirrojulin an yafruqo baina itsnaini illa biidznihima").
Ketika telah duduk dalam majlis maka sekiranya memelihara adab-adab berikut:
a. Duduk dengan sopan santun dan tenangb. Bebicara dengan teratur
c. Berbicara apa yang benar, jauhi kebohongan, jangan banyak bersenda gurau.
d. Jika ada orang lain yang berbicara maka dengarkan dan jangan memotong pembicaraan.
Jika Duduk di suatu jalan, hendaknya memelihara adab-adab berikut:
a. Menahan mata.b. Jangan mengganggu orang yang lewat.
c. Jawablah salam orang yang menyapa
Add Comments